Thursday 5 September 2013

Solat Hajat Perdana SKAG 2013

Satu majlis solat hajat perdana telah diadakan oleh pihak SKAG Khamis pada 5/12/2103. Solat hajat telah diadakan bagi memohon daripadaNya agar segala urusan dan persediaan murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2013 tahun ini dipermudahkan. Solat hajat perdana dihadiri oleh guru-guru SKAG dan juga ibubapa murid tahun 6.Selain dari solat hajat, bacaan Surah Yassin serta tazkirah (motivasi kepada murid tahun 6)  dilakukan.  Semoga tahun ini segala usaha ikhlas guru-guru dan doa ibubapa,serta usaha murid tahun 6 akan di makbulkan olehNYA dan di bekati olehNYA. Selamat berjaya kepada semua calon. InsyaAllah.
Bacaan Yassin oleh ibubapa,murid dan juga guru.

Sebahagian bapa yang sedang membaca surah Yassin.

Para ibu juga turut membacakan Surah Yassin.

No comments:

Post a Comment