Friday 6 September 2013

Majlis Restu Ilmu

Satu majlis restu ilmu diadakan pada pagi Jumaat yang mulia ini.Majlis ini telah berlansung pada seawal jam 7.20 pagi. Majlis restu ilmu adalah majlis bagi murid tahun 6 memohon restu ke atas ilmu yang telah guru curahkan kepada semua murid tahun 6 dan juga untuk memohon maaf dari semua guru-guru yang bertugas di SKAG di atas segala salah dan silap. Semoga majlis restu ilmu ini  memberikan lagi ketenangan hati dan semangat kepada murid tahun 6 untuk menghadapi UPSR tahun ini. Amin
Bacaan Doa oleh Ustaz Syed Mahdzar membuka majlis restu ilmu.

Ucapan dari Guru Besar SKAG 

Murid tahun 6 sedang memohon restu dan maaf dari guru SKAG

Murid tahun 6 dan guru sedang bersalaman dan bermaafan

No comments:

Post a Comment