Tuesday 10 July 2012

Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.


Pada pagi ini SKAG telah melancarkan Senamrobik  serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Acara ini disertai oleh seluruh warga sekolah bermula jam 8.00 pagi di dataran perhimpunan. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia adalah kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”  yang akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM.

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik berserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan.
Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
 
 
 
 
 
 
 








No comments:

Post a Comment