Sunday 15 July 2012

Kem Motivasi Kecemerlangan UPSR


Pada 13 dan 14 Julai 2012 iaitu Jumaat dan Sabtu Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Kecemerlangan Tahun 6 Sekolah ini telah mengadakan Kem Motivasi Kecemerlangan UPSR 2012 bertempat di Sekolah Kebangsaan Antara Gapi. Kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara pengisian kem ini ialah seperti ceramah motivasi daripada Mr Lau, ceramah motivasi oleh En Khairil daripada Ebit Consultant Bangi dan  Muhasabah ini yang dikendalikan  oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu En Mohd Rosli yang dibantu oleh Fasilitator MRSM Kuala Kubu Bharu. Selain itu, juga diadakan Ceramah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 dan 2 yang disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Bunga Raya 1 iaitu En Hasmadi, manakala ceramah LDK 3 dan 4 dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling MRSM Kuala Kubu Bharu dan ceramah LDK 5 serta refleksi telah dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Antara Gapi iaitu En Mohd Rosli. Perjalanan kem motivasi UPSR ini dibantu oleh Fasilitator jemputan iaitu seramai 10 orang pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu.
Antara objektif kem motivasi ini diadakan ialah untuk  memberi peluang kepada murid membuat persiapan lebih awal sebelum menduduki UPSR. Selain itu, dapat memberi pendedahan awal kepada murid tentang teknik-teknik mengurus masa dengan baik sera membantu murid-murid  meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun sosial.






















No comments:

Post a Comment