Thursday 28 March 2013

KEM MULAKAN LANGKAH TAHUN 6


18/March- Unit Kurikulum SKAG bersama Unit Kecemerlangan UPSR 2013,telah menjalankan satu kem persediaan yang dinamakan  ‘Kem Mulakan Langkah’ ialah langkah persediaan awal untuk murid-murid  bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2013. Kem telah berlansung selama 3  hari dan berakhir pada 20 Mac 2013. Kem telah diakhiri dengan solat hajat dan majlis bacaan Yassin oleh guru,ibubapa dan murid tahun 6. Semoga usaha pada tahun ini mendapat keberkatan dariNya dan diberikan kejayaan yang cemerlang pada peperiksaan kali ini.  Amin.
Murid tahun 6 sedang melakukan aktiviti di dataran terbuka SKAG
                                     

Taklimat dan aktiviti yang diadakan di bilik PPSMI SKAG

Bacaan Yassin di ketuai oleh Ustaz Syed Mahzar bersama -sama En Khairul Anuar PK Ko SKAG, En Farid dan murid-murid tahun 6

Bacaan Yassin dan solat hajat pada setiap malam berturut-turut semasa  kem  untuk mencari  keberkatan dan keredhaan dariNYA.

No comments:

Post a Comment