Sunday 10 March 2013

Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Daerah Hulu Selangor


Pada 08 hingga 10 Mac 2013 telah diadakan Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Daerah Hulu Selangor bertempat di Pusat Kokurikulum Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor. Sekolah telah menghantar 4 orang wakil murid iaitu Muhd Syaqif bin Jeffry Din dari Tahun 6 Pintar, Muhd Syahmi bin Sulaiman dari Tahun 6 Cerdik, Mohd Hazeem bin Moh Fareq dari Tahun 5 Pintar dan Abdul Azim bin Mohd Azimi dari Tahun 5 Bijak. Sepanjang perkhemahan tersebut telah dijalankan beberapa aktiviti dan pertandingan. Antaranya seperti Orientaring, Ikhtiar Hidup, Ikatan, Rempuh Halangan, Kawad Kaki dan Kraftangan & Keusahawanan. Muhd Syahmi bin Sulaiman telah menjadi Johan Berpasukan Kawad Kaki dan Johan Keseluruhan manakala Abdul Azim bin Mohd Azimi telah menjadi Johan Pertandingan Kraftangan dan Keusahawan dan Tempat Ketiga Keseluruhan. Tahniah diucapkan.


Peserta kem bersiap sedia untuk perhimpunan pagi

Wakil murid ke Perkhemahan Perdana TKRS Peringkat Daerah

Peserta mendirikan khemah

Peserta menjalankan aktiviti dan mendengar ceramah

Peserta sedang mendengar arahan daripada Kem Komandan

No comments:

Post a Comment