Thursday, 8 November 2012

Jamuan Akhir Tahun Pengawas


Pada 7 November 2012 telah diadakan jamuan akhir tahun untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing rakan sebaya (PRS). Jamuan tersebut diadakan di dewan besar sekolah. Jamuan tersebut diadakan untuk meraikan pengawas sekolah , pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah tahun 2012.







Jati Diri dan Hati ke Hati

Pada 5 November 2012 sekolah telah menghantar wakil seramai 8 orang untuk mengikuti Program Pembangunan Sahsiah Diri dan Disiplin Murid yang bertajuk Jati Diri dan Hati ke Hati. Program tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kesihatan daripada pejabat kesihatan, latihan dalam kumpulan, menjawab soal selidik dan sebagainya. Program ini dianjurkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor. 


 
 
 
 
 

Friday, 2 November 2012

Majlis Graduasi


Pada hari ini telah berlangsung Majlis Graduasi Prasekolah dan Anugerah Kecemerlangan SK Antara Gapi bagi tahun 2012. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Tuan Timbalan PPD Hulu Selangor iaitu En. Jamaluddin bin Abdul Kadir. 
Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari murid dalam suasana yang sungguh ceria.
Majlis dimulakan degan nyanyian lagu Negaraku

 
 Bacaan doa dibaca oleh Ustaz Ikram
 Ucapan dari Guru Besar
Ucapan Perasmian oleh Tuan Timbalan PPD Hulu Selangor En. Jamaluddin bin Abdul Kadir.
Persembahan dari murid-murid Prasekolah
Persembahan solo
Penyampaian hadiah oleh Tuan Timbalan dan Guru Besar

Gerai pemeriksaan kesihatan

Gerai mencanting batik
Gerai yakult




Thursday, 1 November 2012

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2012

Assalamualaikum.

Pada hari ini iaitu 1 november 2012 dua orang murid dari sekolah ini telah mewakili sekolah ke Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Rendah Peringkat Daerah Hulu Selangor yang diadakan di SJK(C) Khing Ming Kuala Kubu Bharu. Murid tersebut ialah Muhammad Danish Farhan Bin Azizian dan Afiq Aiman Bin Jailin dari kelas 5 Zuhrah.
Kursus bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang. Sebanyak 20 buah sekolah dari daerah Hulu Selangor telah menyertai kursus tersebut.  Antara aktiviti yang dijalankan disepanjang kursus tersebut ialah berkaitan dengan modul-modul Pembimbing Rakan Sebaya.