Saturday 15 March 2014

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 10 2014

SKAG telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 9 untuk tahun 2014. Majlis telah bermula  pada 8.30 pg dan berakhir pada 12.00 tengahari. Majlis yang dirasmikan oleh YB Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Adun Batang Kali) telah dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Ikram Bin Ismail, kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari YDP PIBG 2012,En Radzuan Bin Jaafar , ucapan dari En Zulhisham Bin Nasir ( Guru Besar SKAG )  mewakili pihak pentadbir SKAG dan ucapan perasmian oleh YB Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Adun Batang Kali). Majlis telah berlansung dengan lancar seperti dirancang. Majlis juga diselitkan dengan persembahan koir oleh murid tahun 4 SKAG dan juga kumpulan Qasidah SKAG yang diketuai oleh adik Akhyar Aiman. Seterusnya acara penganugerahan istimewa kepada murid cemerlang UPSR 2013 yang mendapat 5A dan 4A 1B.  Majlis diteruskan lagi dengan pembubaran AJK PIBG 2013 dan perlantikan AJK PIBG 2014 yang baru. Tahniah kepada ahli AJK PIBG 2014 yang baru dilantik. Di harapkan, PIBG akan terus cemerlang pada sesi kali ini. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada YB Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Adun Batang Kali)  kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri dan merasmikan Mesyuarat PIBG Kali-10 (2014) dan juga ibu bapa yang turut hadir dan memberikan kerjasama pada mesyuarat kali ini. Terima Kasih. Terima Kasih.  Terima Kasih.        



No comments:

Post a Comment