Thursday 15 January 2015

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan ( BKAP) 2015

15/1/15 Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan ( BKAP) 2015 telah berlansung di dewan terbuka SKAG. Pihak sekolah kali ini amat bertuah sekali kerana telah menerima kunjungan rasmi daripada Timbalan Menteri Pendidikan II , YB Tuan P. Kamalanathan merangkap  Ahli Parlimen Hulu Selangor. Majlis telah bermula dengan ucapan aluan dari En Zulhisham Bin Nasir (Guru Besar SKAG ) dan diikuti ucapan ringkas dari YB Tuan P.Kamalanathan.YB P. Kamalanathan juga telah sudi menyerahkan wang bantuan khas awal persekolahan kepada ibubapa murid tahun 6. Sebelum majlis berlansung, YB P. Kamalanathan telah melawat kawasan sekolah  dan memerhatikan sesi persekolahan yang sedang berlansung. Pihak SKAG mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB P. Kamalanathan.
Pn Norazimah sedang bersiap sedia untuk mengacara majlis.


Yb P. Kamalanathan melawat dewan wawasan SKAG.

Dari kiri: En Zulhisham, Yb P. Kamalanathan dan Encik Daud Bin Ismail.


Majlis penyerahan wang bantuan kepada ibubapa.






Pihak pentadbiran SKAG sedang berbincang dengan YB P. Kamalanathan

Pn Amalina dan Pn Azimah sedang mendaftar ibubapa yang hadir.

En. Khairul Amir sudah bersedia.

Pentadbir SKAG bersama Yb P. Kamalanathan dan Encik Daud.
Pentadbir dari kiri: Pn Napsah Ishak (GPK Hem),Pn Tn Gemala Bt Tn Muda (GPK1) dan Encik Zulhisham Bin Nasir (GB).

No comments:

Post a Comment