Saturday 18 May 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SKAG 2013

Pihak SKAG telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru 2013 yang dianjurkan  oleh pihak Kelab Guru SKAG (KEGAP). Majlis yang sepatutnya di adakan pada 16 Mei 2013 terpaksa ditunda kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun sedang berlansung pada tarikh tersebut.  Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Ikram Bin Ismail dan kemudian disusuli dengan nyanyian lagu ' Guru Malaysia' dan 'Warisan' yang disampaikan oleh semua guru SKAG. Majlis telah diteruskan dengan bacaan surah Yassin oleh semua guru yang hadir sebagai tanda kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana  memberikan kesempatan kepada semua guru dan murid untuk menyambut hari guru kali ini. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat dari Guru Besar SKAG, En. Zulhisham Bin Nasir. Sambutan kali ini telah dimeriahkan lagi oleh persembahan tarian dari murid-murid Prasekolah yang dibimbing oleh guru-guru Prasekolah yang begitu berbakat dan kreatif sekali. Murid-murid tahap 2 dan tahap 1 juga mengambil bahagian dalam membuat persembahan kerana ingin memberi penghargaan kepada semua guru-guru SKAG .Acara persembahan di akhiri oleh persembahan  tarian ala 'Retro' dari guru-guru SKAG. Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar dan juga berakhir seperti yang dirancangkan. Tahniah kepada guru-guru dan pihak pentadbir yang telah memberi kerjasama yang amat jitu sekali dalam menjayakan majlis Sambutan Hari Guru kali ini. 1 Aspirasi 1 Agenda.
Bacaan Perutusan Hari Guru pada 16 Mei 2013

En. Farid yang sedang bersedia untuk melansungkan  acara sukaneka guru.

No comments:

Post a Comment