Thursday 4 July 2013

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang



Pada 27 hb Jun yang lalu Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor  telah mengadakan Majlis  Anugerah Cemerlang 2012 bagi kakitangan pendidikan daerah ini. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Seramai 254 orang guru dan kakitangan telah dianugerahkan sijil dan wang sebanyak RM1000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium. Tiga orang warga SKAG adalah  diantara penerima anugerah tersebut. Mereka adalah Pn Norbalqish Binti Mohd Ali, Pn Rizamarhainis Binti Muda dan Pn Haflijurana Binti Halili. Diucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah.


No comments:

Post a Comment