Thursday 4 July 2013

Pengenalan dan Latihan Penggunaan Vle Kepada Murid

04/07/2013 Pengenalan dan latihan telah diberikan kepada murid yang belum lagi menerima pendedahan terhadap Program VLE FROG. Sebanyak 4 kelas telah diberikan latihan dan pendedahan . Latihan dan pendedahan akan terus diberikan kepada semua murid . Antara murid yang terlibat kali ini ialah murid 6 Pintar, 6 Bijak, 5 Pintar dan 5 Bijak dan juga 4 Pintar. Kepada warga SKAG yang belum menerima pendedahan dan latihan, pihak sekolah akan tetap memberikan latihan dan pendedahan selewat-lewatnya sebelum Ogos. Terima kasih kepada ibubapa yang telah memberikan galakan dan dorongan kepada anak-anak kita semua dengan harapan warga SKAG tidak akan tertinggal di belakang arus kemodenan dan arus pendidikan yang semakin berubah yang semakin menjadikan teknologi maklumat sebagai asas pembelajaran di abad ke 21.Tahniah pentadbir sekolah,tahniah guru-guru SKAG,tahniah Ibubapa SKAG dan tahniah murid-murid semua. Tahniah,tahniah,tahniah.
YES WE CAN!
Pelajar 6 Bijak sedang mengemaskinikan portal masing-masing.

Pn Ieranee Rahayu turut membantu memberikan tunjuk ajar kepada murid. 

No comments:

Post a Comment