Wednesday 9 October 2013

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Tahun 4 & Tahun 5

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Tahun 4 & 5 telah dijalankan pada 2.00 petang dan berakhir jam 5 petang. Bengkel yang di anjurkan bersama oleh Unit Kurikulum di bawah kendalian Unit Kecemerlangan Tahun 4 & Tahun 5 dan juga PIBG SKAG telah berjalan dengan lancar. Pengisian selama 3 jam telah di isikan dengan pelabagai teknik dan tips untuk dua matapelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris dan Sains yang di sampaikan oleh Pn. Ieranee Rahayu ( Bahasa Inggeris), Pn. Nor Azimah dan Pn. Aidah  ( Sains ). Diharapkan usaha ini dapat menambah lagi keyakinan murid dan memberi murid penambahan ilmu dan idea serta persediaan yang mencukupi dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun nanti. Semoga semua anak didik SKAG akan memperoleh kemerlangan. Terima kasih kepada pihak pentadbir SKAG yang banyak memberi sokongan, guru-guru yang terlibat serta PIBG SKAG yang telah membiayai sepenuhnya bengkel ini. Tahniah, perjalanan ke arah kecemerlangan kini sedang bermula. Terima kasih kepada ibubapa yang turut memberi sokongan dan kerjasama yang tak terhingga. 
DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KECEMERLANGAN. 
Bengkel Bahasa Inggeris di Bilik VLE / i-Think .


Murid tahun 5 fokus mendengar tips dari penceramah Pn Ieranee Rahayu. 


Pn Norazimah memeberi tips bagi mata pelajaran Sains tahun 4.

Bilik PPSMI yang dipenuhi dengan murid tahun 4.

Murid fokus mendengar tips dari Pn Nor Azimah.

No comments:

Post a Comment