Thursday 3 October 2013

MAKLUMAN LAWATAN ILMIAH KE PULAU LANGKAWI

Assalamualaikum w.b.t

Lawatan Ilmiah murid Sk Antara Gapi ke Pulau Langkawi akan diadakan pada 25 hingga 28 Oktober 2013. Antara tempat yang akan dilawati :-

1. Batik Art Village
2. Galeria Perdana
3. Makam Mahsuri
4. Beras terbakar
5. Underwater World
6. Kilang Gamat
7. Langkawi Cable Car
8. Kilang membuat barangan kaca
9. Dataran Lang
10. Pekan Kuah

Yuran penyertaan sebanyak Rm 220 ( tiket keretapi KTMB berkatil, feri, bas lawatan di langkawi, makan serta minum dan penginapan)

Setiap peserta akan diberi baju t shirt percuma yang ditulis lawatan ilmiah SKAG ke Pulau Langkawi untuk dipakai ketika lawatan.

Untuk makluman semua, buat masa ini seramai 32 orang murid telah berminat dan membuat bayaran yuran dan masih terdapat 8 kekosongan tempat. Kepada sesiapa yang berminat sama ada murid-murid Sk Antara Gapi atau bekas murid Sk Antara Gapi boleh lah berhubung dengan Cikgu Azimah atau Cikgu Rosli ( 03-60812655) .

Program ini adalah salah satu daripada aktiviti program selepas UPSR.
Semoga lawatan ini dapat membantu murid-murid menambah pengalaman dan ilmu pengtahun di samping dapat membantu murid-murid menghayati keunikan tempat yang akan dilawati.

Sekian.





No comments:

Post a Comment