Monday 23 April 2012

Kejohanan Sukan Prasekolah

Kejohanan Sukan Prasekolah SK Antara Gapi telah berlangsung pada 21 April 2012 di padang SK Antara Gapi. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pn Sarina bt Shaari, Penyelia Sukan PPD Hulu Selangor. Walaupun keadaan padang agak basah kerana hujan acara tetap berjalan dengan meriah dan turut disertai oleh ibu bapa, murid-murid prasekolah sekolah-sekolah jemputan dan Guru Besar SK Batang Kali sebagai tetamu jemputan. Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada para guru dan ibu bapa yang turut membantu dalam menjayakan kejohanan ini.














1 comment:

  1. satu2nya sekolah yang komited dalam memberi pendedahan kepada murid prasekolah. terima kasih kerana memulakan sesuatu yang baru. teruskan. rombongan bila lagi?. teruskan dengan pembaharuan.

    ReplyDelete